Thursday, August 26, 2010

Menghitung Hari.


Kamu hanya satu dalam seribu. Aku tak setabah kamu, Aku tak sesabar kamu. Aku yakin akan ada yang besar menanti kamu dimasa hadapan. Sabar lah. Kini aku mengerti apa yang kamu rasa. Penantian pada sesuatu yang kurang nyata dari pandangan mata. Tapi, itu lebih elok jika kamu definisikan kan sebagai menunggu bulan jatuh ke riba. Kamu tahu ia tak mungkin terjadi. Kan sakit kalau terjadi macam tu?

Mungkin mereka-mereka ini masih belum boleh melihat, atau pun baru nak melihat kejadian dunia, realiti hidup, mungkin juga baru nak merasakan apa itu hidup? atau baru berpijak dalam kehidupan yang sebenar. Tidak mengapa, aku dulu sebegitu juga. Akan aku doakan apa sahaja yang terbaik buat diri kamu, agar kebahagiaan sentiasa bersama kamu. Jangan takut dan jangan bimbang, aku sentiasa ada di belakang, menyambut kamu jika kamu terjatuh. Teruskan bangun, teruskan melangkah, jalan hidup masih panjang. Aku menanti kamu dihadpan nanti, itu pasti.

Setiap janji manis yang aku taburkan, bukan hanya sekadar janji didalam cerita dogeng dulu-dulu, bukan juga puitis untuk membeli cinta kamu, bukan juga hanya ayat didalam novel-novel cinta dipasaran. Aku luahkan segala apa yang aku rasa, seikhlas hati, sejujurnya, kerana aku ingin kamu didalam setiap hari-hari aku, sedu-sedan aku, tawa riang aku, senang susah aku. Tolong jangan pergi, aku tak mahu bangun sendiri, dengan menyedari kamu tiada disisi.

Walaupun kita muda lagi, pada aku, tak salah jika aku rely on something kan? i'm getting old. semakin hari, umur kita semakin meningkat. Aku perlu ada impian yang nyata. Aku tahu, itu semua takdir yang Maha Esa. Anggap sahaja ini usaha aku. Mudah kan? Tak perlu dipersoalkan lagi. Ulang cerita sama banyak-banyak kali nak buat apa? Aku mahu kamu, mahu kamu jadi penyeri hidup aku, mahu kamu di pagi dan malam hari aku, jadi ibu kepada anak-anak aku.

Mungkin kini aku tiada apa-apa untuk dibanggakan, tapi, esok belum tentu, i'll be somebody. Mungkin kamu boleh kata ini hanya omong kosong. Tapi, aku akan katakan ini adalah impian.

0 comments:

Post a Comment

 


Guten Tag © 2008. Design by: leman